Laa ilaha illallah

February 25, 2008

kalimat Laa ilaha illallah adalah sebaik-baik perkataan, seindah-indah ungkapan, dan seutama-utama ucapan. jika seorang hamba di muka bumi berkata: Laa ilaha illallah, maka Allah akan berkata di langit: Benarlah ungkapan hamba-Ku itu, dan tiada Tuhan melainkan Aku.

dengan kalimat inilah, para sahabat bersegera pergi menuju medan perang Badar untuk mencapai darjat kesyahidan. di bawah naungan Laa ilaha illallah inilah darah-darah para syuhada mengalir pada waktu perang Uhud.

kalimat Laa ilaha illallah dapat menghilangkan kesusahan dan kesedihan serta dapat menghanguskan segala kesilapan dan mendatangkan ridha Tuhan serta membuat syaitan menjadi marah.

ucapkanlah kalimat Laa ilaha illallah ketika kamu memandang langit yang terbentang luas tanpa tiang, dan seluruh planet bumi yang dikendalikan oleh Yang Maha Mencipta.

ucapkanlah kalimat Laa ilaha illallah, ketika anda menangis dalam musibah, ketika anda susah tidur kerana luka yang diderita, mudah-mudahan Allah akan menggantikan itu semua dengan ketenangan dan kedamaian.

wahai penduduk bumi, keluar dan pandanglah alam sekitar, ketika turun hujan. perhatikan bagaimana keadaan bumi setelah disiram air hujan yang dapat menumbuhkan pepohonan dan pelbagai macam tumbuhan. perhatikan keadaan bumi, yang telah disiram air hujan, maka bumi akan kelihatan indah. ini semua bukti bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah.

Laa ilaha illallah… tiada Tuhan melainkan Allah.

petikan dari: kitab Al-’Azhamah – KEAGUNGAN karangan dr. ‘aidh abdullah al-qarni